dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Mahir Masak – Pembuatan Pizza

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September yang lalu, peserta Mahir Masak telah berjaya menghasilkan menu istimewa iaitu pizza homemade. Bahan-bahan utama disediakan sendiri oleh para peserta, manakala kemudahan peralatan lengkap disediakan oleh pihak NADI. Resepi dan tunjuk ajar pula diberikan oleh Cikgu, yang sentiasa membimbing dengan penuh dedikasi.

Hasilnya amat membanggakan – pizza yang enak, mudah disediakan serta berpotensi untuk dijadikan produk perniagaan pada masa hadapan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu dalam bidang masakan, malah turut membuka peluang kepada peserta untuk menjana idea keusahawanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan terus memberi inspirasi kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.